fbpx

MRTT dan MLTT

MRTT ialah Mortgage Reducing Term Takaful dan MLTT pula ialah Mortgage Level Term Takaful.

Kedua-duanya adalah produk Takaful yang melindungi anda sekiranya terjadi sebarang kecacatan kekal atau kematian.

Sebagai produk Takaful, produk ini  menawarkan produk yang berasaskan Syariah (yakni, Halal) yang sangat penting untuk melindungi orang yang dilindungi, orang yang tersayang, dan juga untuk membantu keluarga yang ditinggalkan dari segi kewangan apabila dalam kesusahan.

Jom kita sama-sama dalami lagi topik MRTT vs MLTT ni untuk mengetahui apakah perbezaannya, dan kenapa ia adalah salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam perjalanan pembelian hartanah anda.

MRTT

 

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

1.adalah pelan perlindungan terhadap kematian dan cacat kekal sahaja. tiada rider dibenarkan untuk tambahan ‼️

2.biasanya jumlah perlindungan tak cukup untuk cover jumlah penuh pinjaman . sebab bank boleh finance maksimum adalah 5% sahaja daripada jumlah pinjaman rumah korg ‼️ contoh pinjaman perumahan RM500,000 untuk tempoh 35 tahun tapi MRTT korg ‘mungkin’ cover RM400,000-RM450,000 untuk tempoh 25-30 tahun sahaja . kecuali kalau korg nak topup ‘cash’ sendiri pada bank . tapi mungkin agak kurang berbaloi sebab topup pn tak dpt apa-apa benefit tambahan .

3.Tempoh pinjaman tak akan sama macam tempoh perlindungan MRTT mcm contoh kat atas (point 2) sebab alasan yang sama macam point no 2 tu . cara kiraannya mudah , katakan pinjaman rumah RM500,000 x 5% = RM25,000 . RM25,000 ini adalah premium sepanjang tempoh MRTT tu in force bukan jumlah perlindungan RM25,000 ya . Actually dalam 5% @ RM25,000 tu bukan semua untuk MRTT . kalau diperlukan Legal Fee jugak akan termasuk dalam 5% tu sekali . Bermaksud kegunaan MRTT sepatutnya tadi RM25,000 mungkin akan direducekan kepada RM15,000 or satu jumlah lain .

4.MRTT akan dikenakan interest sekali dengan pinjaman perumahan korg . Contoh pinjaman perumahan bank korg offer interest 3.15% utk RM500,000 dan termasuklah juga 5% @ RM25,000 tadi tu kena interest‼️

5.Perlindungannya menurun seperti mana hutang pinjaman rumah korg menurun (refer kat graph gambar di atas)

6.Tiada saving – Habis bayar maka habis mcm tu jee . tak dapat apa2 manfaat jika tak jadi apa2 dalam tempoh polisi in force .

7.Bila refinance @ jual rumah automatik MRTT terbatal .

8.Boleh finance sekali dalam pinjaman perumahan (jimat kos orang cakap) , tapi sebenarnya sama je . sebabnya bank dah bayangi korg dengan 1 jumlah bayaran sahaja , contoh loan rumah korg RM500,000 interest 3.15% selama 35 tahun . tanpa MRTT dan Legal Fee finance bayaran bulanan korg adalah sekitar RM1,966 . Jika masuk MRTT mungkin akan ada tambahan RM50-100 (depends umur , kelas pekerjaan , status merokok @ tak , dan jantina) . which means aku ambik contoh tambah RM100 , bank akan cakap kat korg bayaran bulanan rumah adalah RM2,066 . sebenarnya dalam tu ada sekali 5% tadi.

9.MRTT hanya cover hutang je . kalau ada lebihan pon waris tak akan dapat sebab itu term and conditionnya. hutang tu pn kalau cukup untuk cover . kalau tak cukup memang waris korg kena topup lagi la jawabnya ‼️ refer point no 2.

MLTT

 

Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

1.adalah pelan perlindungan takaful terhadap kematian dan cacat kekal serta boleh ditambah rider seperti sakit kritkal , elaun hospital , khairat kematian dll ‼️

2.Jumlah perlindungan boleh sama atau lebih daripada jumlah penuh pinjaman tertakluk pada kemampuan korg . sebab bayaran MLTT tidak boleh finance dalam pinjaman .

3.Tempoh pinjaman boleh pilih samada nak sama macam tempoh pinjamam rumah atau lebih . Tempoh MLTT sama macam tempoh pinjaman adalah yang terbaik . Jika tempoh MLTT lebih panjang lagi baik sebab even selepas pinjaman rumah korg habis bayar korg still ada perlindungan .

4.Tiada Interest – Fix rate hayaran daripada mula polisi sampai habis polisi.

5.Jumlah Perlindungan sama daripada mula pinjaman sampai tamat pinjaman (refer kat graf gambar di atas)

6.Ada saving – Habis bayar nanti jika tak ditakdirkan umur panjang akan dapat cash value.

7.Bila refinance @ jual rumah MLTT masih aktif.

8.Tidak Boleh finance sekali dalam pinjaman perumahan. Bayaran bulanan fix sampai polisi tamat.

9.MLTT pon tujuannya untuk cover hutang . Apabila terjadi cacat kekal/kematian waris akan terima pampasan terus dari syarikat takaful. dan baki hutang akan dijelaskan kepada bank. Lebihan daripada jumlah bayaran baki rumah boleh digunakan waris untuk teruskan kehidupan.

Ringkasan Perbezaan MRTT vs MLTT

Jom

Isikan maklumat di bawah untuk kami hantar quotation kepada anda