fbpx

SURE COVER

Penerimaan Dijamin dari usia 35 tahun sehingga usia 80 tahun

Sama seperti namanya, Takaful SureCover mempunyai ciri Penerimaan Dijamin yang unik; ia memberi perlindungan kepada Orang Yang Dilindungi dari umur 35 tahun sehingga 80 tahun. Ini adalah pilihan yang hebat untuk individu yang menginginkan perlindungan untuk diri mereka sendiri dan ibu bapa tersayang.

Permohonan yang mudah dan tanpa kerumitan, tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan

Takaful SureCover semestinya pilihan hebat tanpa kerumitan disebabkan ciri-cirinya dimana pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan tiada soalan kesihatan yang perlu dijawab! Kami tidak akan menolak permohonan anda tanpa mengambil kira keadaan kesihatan anda.

Perlindungan sehingga usia 90 tahun

Anda boleh menikmati kehidupan yang selesa dengan pelan ini. Ia memberi anda perlindungan sehingga usia 90 tahun untuk ketenangan fikiran anda. Kini tiba masanya untuk anda berehat dan menikmati kehidupan yang selesa. Biarlah kami melindungi anda, seperti mana anda melindungi orang yang tersayang.

Caruman berpatutan serendah RM75 sebulan

Dengan hanya serendah RM75 sebulan, anda boleh menikmati manfaat-manfaat hebat daripada produk yang prihatin terhadap keperluan khusus anda.

Ganjaran Manfaat Matang

Pelan ini memberi anda ganjaran Manfaat Matang pada hujung tahun sijil selepas anda berusia 90 tahun. Anda akan menerima nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) sebagai Manfaat Matang.

Manfaat Penghantaran Balik

Bayaran balik sehingga RM3,000 untuk perbelanjaan yang ditanggung bagi penghantaran jenazah Orang Yang Dilindungi sekiranya kematian berlaku semasa berada di luar negara Malaysia.

Manfaat Kematian dengan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan yang tinggi

Pelan ini memberikan perlindungan terhadap perkara yang tidak dijangka. Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, manfaat kematian akan dibayar seperti berikut:

 

 

Jumlah perlindungan asas adalah bergantung kepada usia kemasukan, jantina dan bilangan unit bagi perlindungan takaful yang anda pilih.

Sesiapa yang berusia di antara 35 sehingga 80 tahun layak untuk memohon pelan ini.

Di manakah saya boleh  mendapat lebih maklumat?

Sila isi Form di bawah untuk kami hantar sebut harga pada anda.

Borang Sure Cover